Monday, April 20, 2009

Baby Danish Di WAd K5 Sebab Kuning

Nyenyaknya anak mama ni tidor.....

Tutup mata nak letak bawah lampu..Kesiannya dia..



Ala.. Ala.. keciknya kaki anak mama ni..... comellllnyer...

17 April 2009 aku dari wad bersalin dipindahkan ke wad kanak-kanak Wad K5. Menangis aku sebab dah berapa hari duduk wad, ingatkan dah boleh balik... tapi tak jugak. seingat aku doktor kata dah boleh balik kalau demam dah bawah 200. dah tu 18 April pagi2 doktor kanak-kanak datang buat checkup baby. Dia terkejut tengok aku ada kat situ.. sebab dia kata sepatutnya dah balik jumaat 17 April. Rupanya pihak pengurusan wad bersalin tak teliti betul2... buang masa je aku duduk kat wad K5 tu... rasa marah dan terkilan jugak sebab aku dah cakap dah boleh balik... tapi diaorang kata TAK! Angin satu badan aku masa tu.. tapi sabar je la.. nurse kat Wad K5 tu pun sengeh je.. siap kata, takpelah kak bagi rasa duduk kat wad ni. hak ele.. ingat seronok sangat macam kat hotel ke.. hehehe... sisa marah ada lagi ni... huhuhuhu.... takpelah, anyway thanks to all staffs kat wad bersalin HKL

Sunday, April 19, 2009

Danish lagi..... Dah Keluar Wad

Comel Nyeeerrr ....




Juara Posing....

Friday, April 17, 2009

Demam Kuning.. BerGaya di Bawah Lampu





Anak mama posing bawah lampu, hari kedua dan ketiga anak mama dilahirkan. Nurse di wad ramai yang suka tengok gaya anak mama tido, ada yang cakap " Anak Awak Tido Bergaya Sungguh. Anak Orang lain terlentang je.. tak pun meniarap". Inilah Juara "MODEL DEMAM KUNING 2009"

Banyak lagi aksi-aksi dan gaya yang tak sempat nak di rakam.. maklumlah sakit bersalin tak hilang lagi...

Wednesday, April 15, 2009

Beberapa Jam Selepas Dilahirkan....







Muhammad Aqeef Danish.. Putera sulung Nor-Aizan & Mohd Hanafiah. Selamat Bersalin Normal di GH, 15-04-2009 tepat 01.00am, Berat 2.32kg. Lahir awal anakku ini. Dijangka lahir 22-05-2009. Yang penting sihat.... Alhamdulillah kerana Allah mempermudahkan aku bersalin...tak ada masalah sepanjang proses kelahiran putera ku ni.

Tiada kata untuk menggambarkan kesyukuran di atas kurniaan ALLAH ini... Ya Allah semoga anak ini menjadi seorang anak yang soleh, hambaMu yang taat.. dan memberi kebahagiaan buat kami.... insyaAllah.. Amin